Celoteh

Teratak Manis Baizura

Jumaat, 1 Mei 2015

Cupcake Oren & Coklat


Assalamualaikum..

        

         Selamat Hari Buruh!!
        …Setiap tahun kita sambut dan bercuti..namun demi tugas , tahun ni Bai perlu melunaskan tanggungjawab mengadakan kursus di APBM Batu Gajah pada 1-5 Mei 2015. Kalau ikutkan hati memang nak sangat lepak di rumah atau pulang ke kampung di Perlis tu..musim mempelam harum manis datang lagi..namun berita sedih 2 hari lepas daripada emak di kampung menceritakan bahawa pencuri harum manis sedang bermaharajalela..banyak buah harum manis emak Bai dipetik waktu malam. Sejak hari itu mak asyik menyuruh Bai pulang ke kampung ambik buah mempelam.

         Adus, mak..bukan tak mahu balik, tetapi perlu bekerja..lalu Bai menghantar suami dan anak-anak saja yang pulang. Dalam duk kalut menyelaras kursus..ada pula tempahan cupcake daripada kenalan untuk anaknya bawa ke majlis perpisahan.. tak banyak pun..apa salahnya sambil-sambil tu, dapat mengisi tabung untuk hari raya nanti..huhuhu…

         Akak ni mintak cupcake oren dan coklat 25 biji…yang selebihnye dalam bekas lain....jom nengok..

        

 

Tiada ulasan: