Assalamualaikum..
Hari raya AidilAdha
yang kedua…anak-anak teruja dah nak ke Cameron Highland. Walaupun masih dalam
‘mood’ raya, cuti sekolah pulak semakin nak ke penghujung. Bai sekeluarga raya
di Perak saja kali ini bila mak dan adik-adik nak ke Terengganu, rumah adik
bongsu Bai ada buat aqiqah anaknya si Muhammad Firash Hakimi.
Rendang PokPek Mak
Bukan sengaja tak
nak pergi bersama-sama Mak dan adik-adik yang lain, tapi hati dah takdak nak
beraya bila tak pulang ke kampung halaman. Namun Bai cuba sedaya upaya
sembunyikan kesayuan dan ‘mood’ raya yang dah ke laut supaya anak-anak tetap
gembira menyambut hari raya Haji tahun ini.
Bai gagahkan juga
buat ketupat daun palas. Bukannya Bai reti sangat. Rendang pokpek Mak yang
tersangat sedap tu, sebelanga juga Bai buatkan untuk suami dan anak-anak. Kuah
kacang dan nasi impit pun Bai buatkan, kek coklat dan kek pisang serta biskut
coklat cip.
Hari raya yang
pertama, bila tiba tengahari mulalah anak-anak mengeluh tak tau nak buat apa
dah. Makan-makan dan nonton TV. Orang kuarters ramai juga yang pulang ke
kampung. Tinggal 2,3 buah rumah saja yang ada penghuni. Tak sampai tengahari
dah habis bertandang ke rumah jiran-jiran yang sememangnya orang Perak..
Jadi bila emak dan
adik-adik semua bergembira di Terengganu, maka kami sekeluarga pun harus
bergembiralah juga dengan cara kami sekeluarga. Jadi Bai memang dah merancang
untuk menginap 2 hari asalnya di tanah tinggi Cameron Highland tersebut sejak 3
minggu sebelum Raya Haji iaitu sejak mak dah tetapkan nak ke Terengganu pada raya
AidilFitri yang lalu. Namun cukuplah 1 hari di sana. Suatu kelainan jugakan..
Kebetulan Bai ada
sahabat baik yang menetap di sana kerana mengikut suaminya yang bertugas
sebagai pegawai Felcra dan dia ada sebuah apartment homestay. Jadi Bai pun sewa
apartmentnya di Greenhill Apartment, Tanah Rata. Memang seronok sebab pekan Tanah
Rata tak jauh, kedai makan, kedai runcit , kedai souvenir dan sebagainya memang
banyak. Boleh berjalan kaki jer ke sana, Cuma pergi turun bukit, balik kena
naik bukit la hahaha…tapi dengan cuaca sejuk waktu malam, in shaa Allah tak
terasa penat.
Di rumah tersebut,
mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, TV dan alatan dapur seadanya. Ok dah tu..
Bai memang masak kat sana. Sarapan pagi
tu Bai sediakan nasi goreng telur dan sosej, telur separuh masak, nugget, roti
dan koko crunch..siap untuk tapau sekali. Manalah tau, bila cuti-cuti ni
pastilah ramai yang bercuti di Cameron Highland..sesak gila jalan! Nak makan
pun mesti payah dan mahal. Bai bawa juga si Abot, tengok dia macam stress je di
rumah tu. Sepanjang jalan Abot santai je sambil mengintai di luar tingkap
kereta. Adakalanya ke depan ke belakang kereta..jemu kot.
Abot dah nak tido ni..dia cupp tempat ni awai lagi..
Bila sampai rumah
tu yang seronok tengok Abot. Teruja sangat-sangat, berlari ke sana ke
mari..menyiasat, menghidu sana sini..hihi..bila kita nak ke bilik air, dia pun
sama mengikut. Kucing bijak…! Dan agaknya cuaca sejuk, kakinya tak tahan
agaknya. Kami pun berstoking, sebab kaki tak tahan sejuk..Lenguh pulak kaki..Kami bertolak dari
rumah jam 12 tengahari dan Akibat kesesakan yang teruk, kami tiba jam 4.30
petang. Sepatutnya hanya 2 jam saja untuk tiba di sana..huhu..
Bilik Utama Beserta Bilik Air
Bilik Kedua - 1 Katil Double & 1 Katil Single
Bilik Ketiga
Dapur & Tandas
Panjang pulak
celoteh Bai kali ini..hmm..apapun memang seronok bercuti bersama famili. Dalam
hati teringin nak bawa mak ke sana..
Jumpa Lagi..