Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 31 Ogos 2015

Muffin Coklat Cip


Assalamualaikum..

 

Muffin!!! Yeay!


         Itulah tempikan paling bergegar dari anak-anak! Sedapnye mama..cuti ni tiba-tiba terasa nak makan muffin coklat. Rasa duk di tekak dah..bukan saja anak-anak..maknye pun nak jugak..!hehe
 

          Muffin coklat cip ni Bai ambil daripada chef Hanieliza. Memang sedap dan telah menjadi resepi kegemaran  Bai sekeluarga. Ada juga yang Bai buat jualan. 
 
 
Muffin Coklat Cip

Oleh : Chef Hanieliza
Rujukan : Zuraini Alias(KakZu)


Bahan Bahan

1 Cawan Butter ( Cairkan )
2 Cawan Susu Segar
2 Biji Telur
1 Tsp Esen Vanilla

3 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Coco Powder
2 Tsp Baking Powder
1/2 Tsp Soda Bikabonate

2 Cawan Gula Perang
100 Gm Coklat Masakan

 
1/2 Cawan Coklat Chips ..(Nak Letak Lebih Pun Boleh)
Cara Cara

1. Cairkan Butter
2. Cairkan Coklat Masakan Dan Susu Care Double Boiler
3. Kocokkan Telor ( Kacau Jap Je, Gune Pemukul Tangan Je ) Dan Masukkan Gula. Masukkan Butter Cair
5. Masukkan Susu Bercampur Coklat Tadi Berselang Seli dengan Tepung Yang Becampur Coco Powder, B.Powder Dan Soda Bikarbonate. (Ayak Dulu )
6. Masukkan Coklat Chips separuh dan separuh lagi atas muffin  (Bai suka tabur atas muffin saja)
7. Masukkan Dalam Acuan Yang Disukai
8.Bakar Pade Suhu 180 Selama 20 Minit
 
 
          Bai gunakan kertas kek cawan yang sederhana besar dan dapat dalam 21 biji untuk 1 adunan ini. Muffin ni boleh simpan dalam peti ais kalau nak makan untuk satu jangka masa lama. Sangat sedap digandingkan dengan Nescafe panas..awww..
 
 
              Anak jiran birthday hari ini..ayahnya jauh bertugas di luar Negara. Ibunya tak buat pun majlis sambutan hari jadinya. Agaknya tinggal berdua. Jadi Bai minta Humairah hantarkan 4 biji muffin yang berhias begini untuk gembirakan si kiut Ayish tu..

Ahad, 30 Ogos 2015

Asam Pedas Tumis Ikan Pari


Assalamualaikum..

 



         Asam pedas tumis ni memang sangat terkenal di sebelah selatan tanah air. Bai cukup suka makan asam pedas tumis ikan pari dan juga ikan parang walaupun Bai ni banyak duk belah utara. Mak mentua kalau Bai buat asam pedas ni cukup berselera la..

         Nak masak dia mudah saja. Main agak-agak bahannya pun boleh..untuk yang baru nak belajar buat asam pedas ni atau pun untuk pengetahuan anak-anak Bai kelak, asam pedas ni mudah disediakan.

 
ASAM PEDAS TUMIS IKAN PARI
BY : Baizura TMB


 Bahan-bahan:~

1@ 2 kuntum bunga kantan – di belah dua

10 tangkai daun kesum

10 sdbesar cili kisar*

1 labu bawang besar *       *kisarkan

3 ulas bawang putih*

1 kg ikan pari – potong sederhana besar

1 senduk Minyak masak

1 cawan air asam jawa

8-10 biji kacang bendi

1 liter air

Garam & gula

 Cara-cara:~

  1. Bersihkan ikan pari dan toskan. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili yang dikisar hingga naik minyaknya.
  3. Tuangkan air asam jawa dan air. Masukkan bendi , bunga kantan, daun kesom dan ikan.
  4. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.

                  Bai sering menggunakan api kecil dalam 10 minit selepas kuah mendidih bukan apa, nak pastikan ikan betul-betul masak dan minyaknya yang merah naik ke permukaan dengan cantiknya. Kalau tak suka minyak banyak, boleh kurangkan. Tapi kuahnya taklah berapa cantiklah..tapi takpe yang penting sedap..kannn..

 

Isnin, 24 Ogos 2015

Apam Gula Hangus a.k.a Apam Karamel


Assalamualaikum..

         Apam gula hangus ni sangat enak dimakan begitu sahaja, namun kalau nak makan dengan kelapa parut pun boleh. Anak Bai yang no.dua ni memang suka makan apam ni. Katanya macam kek je rasanya. Bila dah tahu kegemaran anak-anak ni, kita sebagai ibu memang gembira nak buatkan untuk mereka yang tersayang.
 

         Apam ni sangat mudah disediakan. Ikut sahaja resepi dan cara-caranya  in sha Allah pasti menjadi. Kalau dulu, mak Bai selalu buatkan dalam loyang besar lepas tu potong kecil-kecil. Bai memang tak suka makan dengan kelapa parut. Rasa berhampas pula. Tapi arwah ayah dulu, memang suka makan dengan kelapa parut, memang orang perak sejati..hehe..

         Agaknya orang sebelah Perlis ni memang tak berapa makan kuih yang berkelapa parut kecuali apam original dan kuih lopeh tu..kalau di Perak ni lepat labu dan lepat pisang memang diletakkan kelapa  sebagai inti. Tak jumpalah kalau di Perlis..hihihi
         Apam Gula Hangus ni Bai buat makan petang. Ianya sesuai dimakan semasa sarapan pagi dan juadah berbuka puasa.

 

 RESEPI APAM GULA HANGUS
Rujukan : Kak Zuraini Alias
Oleh : Baizura TMB
 
BAHAN BAHAN

2 biji telor
1 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum        ayak bersama      

CARA CARA

1. Masak gula hingga keemasan ( jadikan gula hangus ) dan tutup api dan campurkan dengan air 1 cawan, hati2 takut terpercik , pasang kembali api dan kacau hingga sebati dan sejukkan

2. Mixer telur,susu,minyak dan marjerin .. mixer hingga adunan betul2 kembang dan putih..

3. Masukkan gula hangus , pastu masukkan tepung dan soda yang diayak tadi, mixer hingga sebati

4. Masukkan ke dalam acuan papercup higga penuh, baru apam akan tersembul gebu.

5.Panaskan kukusan hingga air mendidih dan masukkan kuih apam.

6. Penutup kukus dibalut kain dan Kukus selama 15 minit.
 

 

 

 

Ahad, 16 Ogos 2015

APAM BERAS


Assalamualaikum..

 

      Fuhh..lambat betul gaji nak muncul…rasa tak tertanggung lagi dah ni..hmm..hari minggu ni tak adalah nak ke mana-mana. Anak-anak pun dah bising, bosan duk di rumah. Kasihan juga tapi kita ni lagilah parah..apakan daya..!

         Sengaja Bai buat apam beras @ nasi petang tu buat makan-makan sambil meredakan keadaan anak-anak. Bai kata pada anak-anak “ Alhamdulillah kita masih boleh makan-makan kan? Setengah orang ada yang langsung tak boleh makan dalam keadaan kegawatan ekonomi macam ni. Sabarlah, inilah ujian untuk kita sekeluarga..mama akan cuba cari duit juga untuk anak-anak ke sekolah, jangan sampai kereta tak boleh bergerak ke sekolah kerana tak boleh isi minyak dan duit bekalan ke sekolah tiada. Mama ada tempahan orang nak disiapkan. Itupun rezeki juga..” Masing-masing diam saja sambil mengunyah..

         Apam beras ni gebu dan ringan jugalah , walaupun campur nasik ..
 



APAM BERAS

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 2 cwn nasi
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • Pewarna yang disukai
  • kelapa parut dgn sedikit garam ( jika mahu)

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur kemudian setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  2. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Letak pewarna yang disukai. Perap selama 3 jam.
  4. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Jangan lupa panaskan dulu pengukusnya. Bila suam-suam gitu dah boleh makan. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..     

bolehlah cuba..minum dengan teh tarik...mmm




       

Sabtu, 15 Ogos 2015

Crepe Durian...


Assalamualaikum..

 


        Musim durian nak sampai ke penghujungnya..jenuh juga cari durian yang di jual di tepi-tepi jalan ke pekan Batu Gajah dan Seri Iskandar. Kadang-kadang ada, kadang-kadang bayang pun tak Nampak. Adapun yang dah layak dibuat tempoyak..huhu..

        Order ni pun secara tiba-tiba..ada orang mengandung yang sedang mengidam nak makan crepe durian...hmm tak dapat menolaklah..walaupun tahu akan bermasalah. Nak mencari pun susah, mau mahal buahnya tu kalau adapun..tapi kesianlah kalau orang tu tak dapat makan..takut kempunan ;(

        Resepi crepe durian ni macam-macam jenis ada. Ada yang guna tepung 4 jenis, 5 jenis..hmm..macam-macamlah.

      Resepi ni Bai tak ingat mana Bai dapat..lama simpan dalam fail buat koleksi. Tapi sejak dua tahun lepas, Bai rajin ambil tempahan buat crepe ni.

Resepi Crepe Durian

Bahan Bahan

20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan

Cara Buat Kulit


1.Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk , sebatikan dengan whisk dan tapis.

2.Lengserkan kuali dengan butter.

3.tuang dalam jag yang bermuncung supaya senang nak tuang. Tuang ke dalam kuali tak melekat (non stick) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan nipis. Masa Buat crepe senipis yang boleh.

4.Masak menggunakan api yang kecil.

Masak hingga crepe mengering dan terbalikkan supaya bahagian bawah crepe akan jadi bahagian dalam untuk letak inti. Biasanya bahagian atas akan jadi lebih licin dan sesuai jadi bahagian luar.


FILLING

1. 200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingga kental.
2. Isi durian secukupnye.

 Di bawah ni ada bai tunjukkan cara-cara Bai buat lipatan crepe..

CARA MENGGULUNG.

Ambil sekeping crepe




 

 
 
 Letak filling ( whipping cream)
 Letak isi durian
 
 
 
 
 
 

Letak semula filling untuk tutup  isi durian. baru cantik sikit..
 
 
 
 
 
 

Gulung crepe dengan melipat tepi kiri dan kanan.



 
 
 
 
 
Lipat pulak bahagian atas dan bahagian bawah. Kemaskan. Selepas lipat, letak crepe dalam kertas cupkek untuk lapik bagi nampak menarik dan kemas.

 
 
 
 
 
 
 
 Tarra...jadilah macam ni..montel-montelkan...kena buat cepat-cepat sebab filling cepat cair.

       Bai suka simpan dalam freezer bagi beku. Kalau nak jual, masa nak deliver ..crepe nampak cantik jer dan tahan lama sebelum  customer dapat makan..elakkan pertindihan bimbang melekat dan crepe koyak pulak nanti. 
       Resepi ni biasanya Bai akan dapat dalam 8 - 10 crepe ikut saiz crepe yang kita tebarkanlah..durian pun agak-agaklah dalam beberapa ulas yer..


 
 



 

 

 

Selasa, 11 Ogos 2015

Muffin Neopolitan


Assalamualaikum..

      Open house kat pejabat di buat secara potluck. Masing-masing bawa juadah untuk dihidangkan. Takde la jemput ‘orang luar’ sangat cuma bomba, polis, klinik terdekat dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pejabat je..masing-masing bawa anak-anak, isteri dan suami ..meriah la juga.

        Bai tak buat menu yang renyah Cuma nasi impit kuah kacang je..dan juga sedikit muffin, tambah-tambah jer bagi banyak menu..hehe..

        Kali ni nak cerita pasal muffin yang Bai buatkan. Rupanya muffin ni tak begitu gebu sangat, Nampak macam bantat tapi sedap. Semua orang puji..bolehlah Bai share kan resepi ni. Bai dah lupa dari siapa yang Bai dah ambil ni..terlalu lama Bai simpan resepi ni, baru teringin nak buat..
 
 
 

MUFFIN NEOPOLITAN
by : Baizura

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan alaskan loyang muffin dengan cupcakes liner.
2. Pukul mentega, gula halus dan esen vanila hingga putih dan sebati.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kembang.
4. Perlahankan mesin, masukkan bancuhan susu pekat, putar perlahan hingga sebati, berhentikan mesin.
5. Masukkan campuran tepung gandum dan serbuk penaik, gaul sebati dengan senduk kayu @ spatula.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)
7. Sudukan setiap satu dengan saiz sudu kecil ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atsnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick bagi membentuk corak.
8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.

Bahan-bahan:

375 gm tepung gandum*      

  2 sk serbuk penaik* (ayak bersama bahan bertanda*

250 gm mentega                

 200 gm gula halus            

 1 sk esen vanilla               

 3 biji telur                                 

  1 sk strawberry emulco  

 1 sk coklat emulco

 1 sk kordial oren sunquick

       
 2 titik pewarna merah atau pink

 

 60 gm coklat cip

210 ml bancuhan air dan 2 sd besar susu pekat manis (sederhana manisnya)

 Cara menyediakan:

 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan alaskan loyang muffin dengan cupcakes liner.

 2. Pukul mentega, gula halus dan esen vanila hingga putih dan sebati.

 3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kembang.

 4. Perlahankan mesin, masukkan bancuhan susu pekat, putar perlahan hingga sebati, berhentikan mesin.

 5. Masukkan campuran tepung gandum dan serbuk penaik, gaul sebati dengan senduk kayu @ spatula. 6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)
7. Sudukan setiap satu dengan saiz sudu kecil ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atsnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick bagi membentuk corak.
8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.

6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)

 7. Masukkan dalam piping beg. Picit ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atasnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick @ batang sudu @ lidi pun boleh bagi membentuk corak.( Bai tak pusingkan adunan kek ni sebab malas )

 
 
 8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.
 
 

        Bai paip sedikit saja dalam cupkek liner..biasalah open house ni kadang-kadang banyak orang ambil makanan yang diorang tak nak makan..ambik sebab takut habis takdan rasa..Bai buh sikit-sikit je..bimbang terjumpa di atas meja, di bawah kerusi..yang tak dimakan tapi dibuang..hmm..kecik ati ayam tau..haha

Jomla try..muffin ni comel jer…tapi kalau u oll  nak yang gebu dan lembut boleh guna resepi kek Neopolitan yang baru-baru ni Bai buat..

 




1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan alaskan loyang muffin dengan cupcakes liner.
2. Pukul mentega, gula halus dan esen vanila hingga putih dan sebati.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kembang.
4. Perlahankan mesin, masukkan bancuhan susu pekat, putar perlahan hingga sebati, berhentikan mesin.
5. Masukkan campuran tepung gandum dan serbuk penaik, gaul sebati dengan senduk kayu @ spatula.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)
7. Sudukan setiap satu dengan saiz sudu kecil ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atsnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick bagi membentuk corak.
8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.

 

        

 

Sabtu, 8 Ogos 2015

Kek Gula Hangus


Assalamualaikum..

 

        Hujung minggu ni Bai sekeluarga tidak ke mana-mana. Maklumlah, gaji pun di hujung tanduk. Kebetulan ada jiran yang buat open house, makan nasi tomato gulai kambing dan ayam masak merah. Jadi, Sabtu, hari ni kami memenuhi undangan tersebut dengan penuh kesyukuran. Murahlah Rezeki mereka sekeluarga.

        Memang terasa sejak akhir-akhir ini, perbelanjaan isi rumah menjadi lebih runcing dari tahun lepas. Sememangnya berhari raya di 2 buah kampung memang agak berat perbelanjaannya. Hendak balik kampung sebelah pihak, pihak yang lagi satu akan terasa. Jadi serba tak kena pulak. Dua-dua di belah Utara. Mmm…kena berbelanja dengan berhemah betul-betul pada masa akan datang supaya bila balik ke rumah masing-masing selepas beraya, kita tak akan mengalami sindrom kurang upaya kewangan keluarga. Bai paling takut kalau belanja sekolah anak dan minyak kereta tersangkut. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki yang banyak kepada Bai sekeluarga dan juga muslimin dan muslimat di sekelilingnya.

        Sebenarnya, nilai matawang RM kita pun semakin jatuh. Mengikut pandangan ahli penganalisa dan pakar ekonomi , 1 US$ bersamaan RM 3.50 pada ketika ini. Nilai duit kita dah mengecil dan kita semakin hilang kuasa beli. Kalau nak tahu lebih lagi, bila kita berbelanja di sempadan Malaysia –Thai atau Singapura kita akan terasa rendahnya nilai matawang kita. Semoga zaman kegawatan ekonomi 1997 tidak akan berulang.

        Kadang kala memang stress jugak memikirkan tanggungan-tanggungan yang perlu dilunaskan. Namun apalah daya dan kudrat bila suami tidak dapat bekerja lagi  dan tinggal di rumah sudah hampir 4 tahun. Bai seorang yang bekerja menyara keluarga. Kalau nak ikutkan gaji memang tidak cukup nak menampung semua perbelanjaan namun, Alhamdulillah, ada  kemudahan di setiap kesulitan.


 
 
       Aduila..kalau bercakap tentang perkara ni memang stress..jom kita layan Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Lebah yang Bai buat untuk minum petang..stress, stress la jugak, tapi perut perlu diisi juga..dalam keadaan begini, syukur tidak terhingga bila masih boleh memasak dan makan sesuatu. Alhamdulillah..

 

        Resepi Kek Gula Hangus ini Bai ambil daripada dapur Kak Azlita Aziz. Nampak Mudah cara yang dikongsikan olehnya. Terima kasih ye Kak Ita. Lama juga dia menyepikan diri. Bai selalu mengintai dapurnya nak baca nukilannya, rindu dengan bebelannya tu..hehe 


Jomla buat, serius sedap!! Meh nengok resepi dan cara-cara buat kek ni supaya banyak lubang-lubang..Bai dah cuba, u oll bila lagi?hehe

RESEPI KEK GULA HANGUS
rujukan : Azlita Aziz
oleh: Baizura

Bahan-Bahan

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla


Ikut cara kak Ita…

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.



Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah cair sejukkan, tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

 
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
 Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul tau.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais). Kemudian kacau rata perlahan aje. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga. Tambahkan esen vanilla.
 
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata


Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter . Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya . Letak atas meja aje... dan biarkan selama 5 jam

 Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.

 Bakar selama 45 minit. 5 minit terakhir baru buka api atas dan bawah

 45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula. Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai.

 Tunggu kek sejuk sebelum di potong. (tapi Bai dah tak sabar nak tengok lubang-lubangnya tu, so Bai terus potong dan terus ngap masuk mulut.