Assalamualaikum..
Musim durian nak
sampai ke penghujungnya..jenuh juga cari durian yang di jual di tepi-tepi jalan
ke pekan Batu Gajah dan Seri Iskandar. Kadang-kadang ada, kadang-kadang bayang pun tak Nampak. Adapun yang dah layak dibuat tempoyak..huhu..
Order ni pun secara
tiba-tiba..ada orang mengandung yang sedang mengidam nak makan crepe
durian...hmm tak dapat menolaklah..walaupun tahu akan bermasalah. Nak mencari
pun susah, mau mahal buahnya tu kalau adapun..tapi kesianlah kalau orang tu tak
dapat makan..takut kempunan ;(
Resepi crepe durian
ni macam-macam jenis ada. Ada yang guna tepung 4 jenis, 5
jenis..hmm..macam-macamlah.
Resepi ni Bai tak ingat mana Bai dapat..lama simpan dalam fail
buat koleksi. Tapi sejak dua tahun lepas, Bai rajin ambil tempahan buat crepe
ni.
Resepi Crepe Durian
Bahan Bahan
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
kaler kuning lemon
perisa durian ~ pilihan
Cara Buat Kulit
1.Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk , sebatikan dengan whisk dan tapis.
2.Lengserkan
kuali dengan butter.
3.tuang
dalam jag yang bermuncung supaya senang nak tuang. Tuang ke dalam kuali tak
melekat (non stick) dan layangkan kuali agar ianye menebar dengan nipis. Masa Buat
crepe senipis yang boleh.
4.Masak
menggunakan api yang kecil.
Masak
hingga crepe mengering dan terbalikkan supaya bahagian bawah crepe akan jadi
bahagian dalam untuk letak inti. Biasanya bahagian atas akan jadi lebih licin
dan sesuai jadi bahagian luar.
FILLING
1. 200 gm non dairy whipping cream ~ putar hingga kental.
2. Isi durian secukupnye.
CARA
MENGGULUNG.
Ambil sekeping crepe
Letak filling ( whipping cream)
Letak isi durian
Letak isi durian
Letak semula filling untuk tutup isi durian. baru cantik sikit..
Gulung crepe dengan melipat tepi kiri dan kanan.
Lipat pulak bahagian atas dan bahagian bawah. Kemaskan. Selepas lipat, letak crepe dalam kertas cupkek untuk lapik bagi nampak menarik dan kemas.
Tarra...jadilah macam ni..montel-montelkan...kena buat cepat-cepat sebab filling cepat cair.
Bai suka simpan dalam freezer bagi beku. Kalau nak jual, masa nak deliver ..crepe nampak cantik jer dan tahan lama sebelum customer dapat makan..elakkan pertindihan bimbang melekat dan crepe koyak pulak nanti.
Resepi ni biasanya Bai akan dapat dalam 8 - 10 crepe ikut saiz crepe yang kita tebarkanlah..durian pun agak-agaklah dalam beberapa ulas yer..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan