Celoteh

Teratak Manis Baizura

Ahad, 30 Ogos 2015

Asam Pedas Tumis Ikan Pari


Assalamualaikum..

 



         Asam pedas tumis ni memang sangat terkenal di sebelah selatan tanah air. Bai cukup suka makan asam pedas tumis ikan pari dan juga ikan parang walaupun Bai ni banyak duk belah utara. Mak mentua kalau Bai buat asam pedas ni cukup berselera la..

         Nak masak dia mudah saja. Main agak-agak bahannya pun boleh..untuk yang baru nak belajar buat asam pedas ni atau pun untuk pengetahuan anak-anak Bai kelak, asam pedas ni mudah disediakan.

 
ASAM PEDAS TUMIS IKAN PARI
BY : Baizura TMB


 Bahan-bahan:~

1@ 2 kuntum bunga kantan – di belah dua

10 tangkai daun kesum

10 sdbesar cili kisar*

1 labu bawang besar *       *kisarkan

3 ulas bawang putih*

1 kg ikan pari – potong sederhana besar

1 senduk Minyak masak

1 cawan air asam jawa

8-10 biji kacang bendi

1 liter air

Garam & gula

 Cara-cara:~

  1. Bersihkan ikan pari dan toskan. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili yang dikisar hingga naik minyaknya.
  3. Tuangkan air asam jawa dan air. Masukkan bendi , bunga kantan, daun kesom dan ikan.
  4. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.

                  Bai sering menggunakan api kecil dalam 10 minit selepas kuah mendidih bukan apa, nak pastikan ikan betul-betul masak dan minyaknya yang merah naik ke permukaan dengan cantiknya. Kalau tak suka minyak banyak, boleh kurangkan. Tapi kuahnya taklah berapa cantiklah..tapi takpe yang penting sedap..kannn..

 

Tiada ulasan: