Celoteh

Teratak Manis Baizura

Isnin, 24 Ogos 2015

Apam Gula Hangus a.k.a Apam Karamel


Assalamualaikum..

         Apam gula hangus ni sangat enak dimakan begitu sahaja, namun kalau nak makan dengan kelapa parut pun boleh. Anak Bai yang no.dua ni memang suka makan apam ni. Katanya macam kek je rasanya. Bila dah tahu kegemaran anak-anak ni, kita sebagai ibu memang gembira nak buatkan untuk mereka yang tersayang.
 

         Apam ni sangat mudah disediakan. Ikut sahaja resepi dan cara-caranya  in sha Allah pasti menjadi. Kalau dulu, mak Bai selalu buatkan dalam loyang besar lepas tu potong kecil-kecil. Bai memang tak suka makan dengan kelapa parut. Rasa berhampas pula. Tapi arwah ayah dulu, memang suka makan dengan kelapa parut, memang orang perak sejati..hehe..

         Agaknya orang sebelah Perlis ni memang tak berapa makan kuih yang berkelapa parut kecuali apam original dan kuih lopeh tu..kalau di Perak ni lepat labu dan lepat pisang memang diletakkan kelapa  sebagai inti. Tak jumpalah kalau di Perlis..hihihi
         Apam Gula Hangus ni Bai buat makan petang. Ianya sesuai dimakan semasa sarapan pagi dan juadah berbuka puasa.

 

 RESEPI APAM GULA HANGUS
Rujukan : Kak Zuraini Alias
Oleh : Baizura TMB
 
BAHAN BAHAN

2 biji telor
1 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum        ayak bersama      

CARA CARA

1. Masak gula hingga keemasan ( jadikan gula hangus ) dan tutup api dan campurkan dengan air 1 cawan, hati2 takut terpercik , pasang kembali api dan kacau hingga sebati dan sejukkan

2. Mixer telur,susu,minyak dan marjerin .. mixer hingga adunan betul2 kembang dan putih..

3. Masukkan gula hangus , pastu masukkan tepung dan soda yang diayak tadi, mixer hingga sebati

4. Masukkan ke dalam acuan papercup higga penuh, baru apam akan tersembul gebu.

5.Panaskan kukusan hingga air mendidih dan masukkan kuih apam.

6. Penutup kukus dibalut kain dan Kukus selama 15 minit.
 

 

 

 

Tiada ulasan: