Assalamualaikum..
Fuhh..lambat betul gaji nak muncul…rasa tak
tertanggung lagi dah ni..hmm..hari minggu ni tak adalah nak ke mana-mana.
Anak-anak pun dah bising, bosan duk di rumah. Kasihan juga tapi kita ni lagilah
parah..apakan daya..!
Sengaja Bai buat apam beras @ nasi
petang tu buat makan-makan sambil meredakan keadaan anak-anak. Bai kata pada
anak-anak “ Alhamdulillah kita masih boleh makan-makan kan? Setengah orang ada
yang langsung tak boleh makan dalam keadaan kegawatan ekonomi macam ni.
Sabarlah, inilah ujian untuk kita sekeluarga..mama akan cuba cari duit juga
untuk anak-anak ke sekolah, jangan sampai kereta tak boleh bergerak ke sekolah
kerana tak boleh isi minyak dan duit bekalan ke sekolah tiada. Mama ada
tempahan orang nak disiapkan. Itupun rezeki juga..” Masing-masing diam saja
sambil mengunyah..
Apam beras ni gebu dan ringan jugalah ,
walaupun campur nasik ..
APAM
BERAS
Bahan-bahan ( 5 org )
- 2
cwn tepung gandum
- 2
cwn tepung beras
- 2
cwn nasi
- 1
cwn brown sugar
- 3/4
cwn gula
- 2
1/2 cwn air
- 1
sudu kecil yis (mauripan)
- Pewarna
yang disukai
- kelapa
parut dgn sedikit garam ( jika mahu)
Cara-cara
- Blend
nasi dan air sehingga hancur kemudian setelah hancur,campur brown sugar
dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dalam
bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- Selepas
itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga
sebati. Letak pewarna yang disukai. Perap selama 3 jam.
- Masukkan
dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. Jangan lupa panaskan dulu
pengukusnya. Bila suam-suam gitu dah boleh makan. Hidang bersama kelapa yang
telah di gaul dengan sedikit garam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan