Assalamualaikum..
Hujung minggu ni
Bai sekeluarga tidak ke mana-mana. Maklumlah, gaji pun di hujung tanduk.
Kebetulan ada jiran yang buat open house, makan nasi tomato gulai kambing dan
ayam masak merah. Jadi, Sabtu, hari ni kami memenuhi undangan tersebut dengan
penuh kesyukuran. Murahlah Rezeki mereka sekeluarga.
Memang terasa sejak
akhir-akhir ini, perbelanjaan isi rumah menjadi lebih runcing dari tahun lepas.
Sememangnya berhari raya di 2 buah kampung memang agak berat perbelanjaannya.
Hendak balik kampung sebelah pihak, pihak yang lagi satu akan terasa. Jadi
serba tak kena pulak. Dua-dua di belah Utara. Mmm…kena berbelanja dengan
berhemah betul-betul pada masa akan datang supaya bila balik ke rumah
masing-masing selepas beraya, kita tak akan mengalami sindrom kurang upaya
kewangan keluarga. Bai paling takut kalau belanja sekolah anak dan minyak
kereta tersangkut. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki yang banyak
kepada Bai sekeluarga dan juga muslimin dan muslimat di sekelilingnya.
Sebenarnya, nilai
matawang RM kita pun semakin jatuh. Mengikut pandangan ahli penganalisa dan
pakar ekonomi , 1 US$ bersamaan RM 3.50 pada ketika ini. Nilai
duit kita dah mengecil dan kita semakin hilang kuasa beli. Kalau nak tahu lebih
lagi, bila kita berbelanja di sempadan Malaysia –Thai atau Singapura kita akan
terasa rendahnya nilai matawang kita. Semoga zaman kegawatan ekonomi 1997 tidak
akan berulang.
Kadang kala memang
stress jugak memikirkan tanggungan-tanggungan yang perlu dilunaskan. Namun apalah
daya dan kudrat bila suami tidak dapat bekerja lagi dan tinggal di rumah sudah hampir 4 tahun.
Bai seorang yang bekerja menyara keluarga. Kalau nak ikutkan gaji memang tidak
cukup nak menampung semua perbelanjaan namun, Alhamdulillah, ada kemudahan di setiap kesulitan.
Aduila..kalau bercakap tentang perkara ni memang stress..jom kita layan Kek Gula Hangus a.k.a Kek Sarang Lebah yang Bai buat untuk minum petang..stress, stress la jugak, tapi perut perlu diisi juga..dalam keadaan begini, syukur tidak terhingga bila masih boleh memasak dan makan sesuatu. Alhamdulillah..
Resepi Kek Gula Hangus ini Bai ambil daripada dapur Kak Azlita Aziz. Nampak Mudah cara yang dikongsikan olehnya. Terima kasih ye Kak Ita. Lama juga dia menyepikan diri. Bai selalu mengintai dapurnya nak baca nukilannya, rindu dengan bebelannya tu..hehe
Jomla buat, serius sedap!! Meh nengok resepi dan cara-cara buat kek ni supaya banyak lubang-lubang..Bai dah cuba, u oll bila lagi?hehe
RESEPI KEK GULA HANGUS
rujukan : Azlita Aziz
oleh: Baizura
Bahan-Bahan
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Resepi Kek Gula Hangus ini Bai ambil daripada dapur Kak Azlita Aziz. Nampak Mudah cara yang dikongsikan olehnya. Terima kasih ye Kak Ita. Lama juga dia menyepikan diri. Bai selalu mengintai dapurnya nak baca nukilannya, rindu dengan bebelannya tu..hehe
Jomla buat, serius sedap!! Meh nengok resepi dan cara-cara buat kek ni supaya banyak lubang-lubang..Bai dah cuba, u oll bila lagi?hehe
RESEPI KEK GULA HANGUS
rujukan : Azlita Aziz
oleh: Baizura
Bahan-Bahan
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Ikut cara kak Ita…
Mula-mula
kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus. Ratakan gula dan biarkan
gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia
berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila mentega
dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Bila gula
dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit
merecik berbanding air sejuk. Bila dah cair sejukkan, tunggu dia betul-betul
sejuk dan mencapai suhu bilik.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega. Kemudian sejukkan
juga hingga mencapai suhu bilik
Pecahkan
telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul tau.. cuma
kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata. Kemudian masukkan susu pekat.
Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais). Kemudian
kacau rata perlahan aje. Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata
perlahan juga. Tambahkan esen vanilla.
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan
Tuangkan di
dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit
butter . Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik
lubang-lubangnya . Letak atas meja aje... dan biarkan selama 5 jam
Bila dah 5
jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih
dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama
45 minit. 5 minit terakhir baru buka api atas dan bawah
45 minit tu
kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula. Bila kek dah
masak keluarkan dari oven dan letak atas redai.
Tunggu kek
sejuk sebelum di potong. (tapi Bai dah tak sabar nak tengok lubang-lubangnya
tu, so Bai terus potong dan terus ngap masuk mulut.
Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan