ASSALAMUALAIKUM…♥
Biskut
Nestum ni memang sangat sedap dan rangup. Bai sering buatkan dalam bekas untuk
kudapan depan TV atau bila-bila terluang. Anank-anak dan suami sangat suka
makan biskut nestum ni. Bai teringat masa hari raya zaman anak dara dulu ada
dikunjungi oleh mak-mak dan bapa-bapa saudara dari sebelah Batu Gajah,Perak
(sebelah ayah Bai) ke Perlis. Banyaklah kuih raya yang dibawa bersama
termasuklah biskut nestum ni. Bai ambil resepi daripada makngah kerana rasanya
sangat sedap.
Masa tu
zaman Bai, hanya kuih-kuih biasa seperti semperit , bahulu, biskut kacang,
biskut suji, makmur, kuih karas, kuih bangkit, rempeyek, putu kacang, kuih ros,
biskut batang buruk, dodol dan kuih siput. Ada banyak lagi kuih tradisional
yang belum Bai sebutkan. Namun sebahagian senarai di atas biasanya Bai ,Mak dan
arwah Tuk Leha akan sediakan kuih-kuih tu lebih awal dan disimpan dalam tin
besar.
Zaman
dah berubah…namun Bai masih membuat sendiri biskut raya untuk anak-anak
terutama biskut samperit bunga, biskut cornflake, tat nenas dan biskut nestum. Biskut-biskut
yang lebih mudah dan cepat. Bahulu biasanya memang kena ada, Bai beli je atau
tempah di kios bahulu panas dan sebagainya.
Bulan
Ramadhan hampir menjelma, sesiapa yang belum ganti puasa tu eloklah berbuat
demikian. Bai dalam 2, 3 tahun kebelakangan ini memang ada mencuba untuk
pasarkan biskut-biskut di pejabat dan di sekitarnya. Namun agak bimbang tak
dapat siapkan biskut-biskut tempahan tu semua kerana hanya Bai seorang sahaja
yang bikin. Anak-anak ni adalah sekali dua menolong, lepas tu diorang cabut
tinggal awak seorang terkontang kanteng!. Jadi, Bai ambil tempahan biskut sehingga 30Jun2015 bersamaan 13 Ramadhan. Jomlah negok biskut nestum evergreen Bai
tu. Kalau nak tempah bolehlah :
Whatsapp : 012-5980060
Facebook Page: Teratak Manis BaizuraInstagram : Baizuraisma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan