Assalamualaikum..
Selamat Hari Guru
2015…
Sempena sambutan Hari
guru 2015 pada hari Isnin di sekolah anak-anak, maka Bai pun berhasrat untuk
menghadiahkan kek red velvet kepada guru-guru. Tahun ni sedikit berbeza kerana
sebelum ini Bai cuma membeli souvenir untuk guru anak-anak. Setiap kali bawa ke
sekolah , pasti saja ada yang hilang dan pasti ada guru-guru yang tak dapat
hadiah. Balik dari sekolah sudah tentulah rebut bila si Humairah bercerita
sambil menangis kesedihan. Kali ini Bai buatkan kek pula. Sudah pasti tak ada
barang yang hilang. Dan sudah pasti semua guru-guru dapat merasa kek tersebut.
Bai cuma belikan hadiah untuk guru kelas sahaja.
Kek Red Velvet ni Bai
salutkan dengan krim keju. Asalnya nak salutkan dengan freshcream. Tapi bila
fikirkan cuaca sekolah yang panas, Bai terus tukar fikiran salautkan dengan
krim keju. Cair memng cair, tapi sempatlah Pada pendapat Bai, krim keju ni
memang sangat sesuai digandingkan dengan red velvet. Masam-masam manisnya tu
memang sedap di tekak. Bai gunakan resepi sifu Bai iaitu kak Ashima Tarmizi.
Terima kasih cikgu!..hehe..Kek ni memang moist gitu! Namun Bai akan simpankan
resepi ini untuk kegunaan sendiri. Itulah antara janji Bai dengan sifu ni..
Kedua-duanya atas dan bawah adalah Kek Red Velvet 8 Inci
Anak-anak punyalah
seronok bila tengok kek ni. Mesti cikgu-cikgu suka kata si Humairah dan Aishah.
Kembang berbunga-bunga hati ni. Yelah, kita nak beri pada orang mestilah yang
paling cantik dan sedap..
Bai nak ambil
kesempatan nak ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru bakeri secara
langsung dan yang tidak langsung iaitu Puan Ashima Tarmizi, Puan Azlita Aziz,
Puan Nor Jannah & Puan Nanie yang
memberi tunjuk ajar secara online dan bersemuka.
Kepada Guru-guru
Tadika Kem Sg Udang, Melaka 1979, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kem Sg Udang
darjah 1980-1981, Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Tunjung, Perlis 1982-1985, Guru-guru
Sekolah Menengah Keb. Agama (P) Kangar, Perlis 1986-1990, Guru-guru Sekolah
Menengah Keb.Derma, Kangar 1991-1992, Pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Sukan
dan Rekreasi ITM Shah Alam 1995-1998 dan Pensyarah-pensyarah Fakulti Sains
Kemasyarakatan USM Pulau Pinang 2008-2012.
Kepada kedua Emak dan
Ayah yang banyak mendidik, mengasuh dan mengajarku erti kehidupan.
Semoga Allah Swt Merahmati Dan
Memberkati
Kehidupan
Kalian Dunia Dan Akhirat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan