Assalamualaikum..
Pertama sekali Bai
nak ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kak Azlita Aziz di
blognya Masam Masam Manis. Bai memang suka menjengah ke dapurnya yang memang
cantik dan banyak menghasilkan kek-kek dan desert-desert yang molek, cantik dan
lazat.
Baru-baru ini kak Ita
ade perturunkan ilmunya tentang tips membuat bunga kekwa @ chrysanthemum
buttercream warna purple tu..awesome la kak Ita!! Bai pun nak mencuba juga
membuat bunga kekwa kebetulan ada kek
yang dah assemble untuk dihiaskan. Namun taklah sekemas dan secantik sifu kita
tu..hehe..bolehlah, ada juga rupa bunga kekwanya tu, Bai kena asahkan kemahiran
lagi. Kata pepatah..’tak cuba belum tau’..’ practice makes better ‘.
Di sini Bai juga nak
mencatatkan pengalaman Bai sendiri untuk rujukan Bai sendiri dan juga anak-anak
dan sahabat yang lain. Di bawah adalah resepi daripada kak Ita. Bai memang
serasi dengan resepi ini jika nak buat bunga buttercream.
Bahan
150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna
Ayak gula icing. Satukan semua bahan dan
pukul dengan speed perlahan hingga kental. Jangan pukul lama sangat nanti
lembik. Lepas tu boleh bahagi-bahagikan untuk letak pewarna
Peralatan yang diperlukan:
Kertas
minyak (baking sheet)- potong kecik2
Nozzle
bunga kekwa no. 79 @ 80Paku payung (nail) untuk bunga ros
Piping bag
Sarung tangan plastik
Buttercream secukupnya
Sediakan
nozzle pada piping bag dan isi buttercream.
Calitkan
sedikit buttercream pada nail untuk lekatkan kertas minyak alas untuk bunga.
Buat bulatan untuk tanda besar mana saiz bunga
kekwa yang kita nak buat.
Mula
menarik kelopak kekwa yang akan jadi bahagian bawah bunga. Masa tarik tu
melengkung ke atas.
Buat
lapisan ke dua hinggalah ke bahagian atas sekali.
Simpankan
bunga kekwa dalam fridge. Senang kita nak letakkan atas kek nanti. Ini cara untuk
orang yang belum pandai deko terus atas kek. Bai senang sekali dengan cara ni.
Kak
Ita kata eloklah gunakan sarung tangan plastik untuk elakkan haba tangan kita
mencairkan bunga yang beku semasa nak letak atas kek.
Kudup
bunga kekwa tu Bai reka-reka je..sebenarnya ia atas kretiviti kita sendiri
hasil pengamatan kita dengan flora dan fauna sekeliling kita.
Alhamdulillah..
Bai puas hatilah dengan hasilnya dengan ikut segala tips dari Kak Ita. Terima
kasih Kak Ita.♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan