ASSALAMUALAIKUM…♥
Entri kali ini seperti biasa berkenaan dengan tempahan
Fruits Tart @ Tat Buah-buahan oleh misi-misi di Klinik 1 Malaysia Seri
Iskandar,Perak. Dah lama mereka tidak menempah, terasa juga kenapa mereka
sepikan diri. Ada salah silap atau tidak puashatikah dengan tempahan..namun Bai
percaya teguh dengan rezeki daripada Allah SWT.
Nak
dijadikan cerita, ibu jari kaki kiri si
Humairah tercabut akibat dihempap meja di sekolah KAFA Kg.Bali. Nak cuci luka
tersebut kena pulak hari Ahad. Klinik Tronoh tutup, kena ke Klinik 1 Malaysia Seri
Iskandar. Terjumpalah misi yang sering mengumpul order rakan-rakannya termasuk doktor
di situ. Lama dia memerhatikan paras muka Bai hinggalah Bai tegur dia lama tak
menempah tat dan kek daripada Bai. Barulah dia perasan dan terus memberitahu
yang nombor telefon Bai hilang akibat telefonnya hilang. Ramai kawan-kawan
termasuk doktornya nak menempah daripada Bai. Laa…awat dia tak cari dalam
FB..hmm..tulah ya, pucuk dicita ulam mendatang..Alhamdulillah.
Duk esok
tu Bai terima SMS dan Whatsapp daripadanya yang nak mengoder 130 biji tat buah
untuk hari sabtu pagi. Hari jumaat tu Bai ke Tesco nak beli buah fresh untuk
tat buah, strawberi pulak tak ada. Bai cuma membeli kiwi dan anggur manis saja.
Tiba-tiba dapat idea bila ternampak nenas madu yang pasti manis-manis masam
gitu..apa salahnyakan..buah-buahan juga.
Jenuh
jugalah membuat kulit tat ni kerana Bai Cuma ada acuan sebanyak 30 unit je.
Acuan ni Bai jumpa semasa pergi ke pasar serikin, Sarawak pada tahun 2011.
Banyak juga loyang dan acuan kuih muih di jual di satu gerai tu. Ramai orang Indonesia
yang menjual telur penyu di sana. Kalaulah kita terbeli telur penyu tu, bila waktu
nak balik nanti pihak kastam akan kenakan denda pasa kita. So, tak payah la
neli telur penyu tu, kita shopping benda lain pun banyak lagi. Beg kulit,
telekung dan madcam-macam lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan