Assalamualaikum..
Semalam Bai bercuti
kecemasan. Saja je nak lepak di rumah. Rasa badan macam tak berapa nak sihat. Sampailah
masa nak keluar ambil anak-anak balik sekolah. Rasa berkuranglah sikit..Si
Humairah terus je menanya soalan “mama dah pegi ke klinik..? Agaknya bila
melihat pakaian santai yang Bai pakai memberi isyarat bahawa mama dia bercuti
hari ni..dan dia nampak Bai tak berapa sihat 3,4 hari lepas.. Bai senyum
menyambutnya dalam kereta. Mulutnya tak berhenti bercerita tentang anak cikgu
yang satu kelas dengannya tu kalau buat salah, maknya tak marah dan siap bela
lagi kesalahan anaknya. Orang lainlah yang akan jadi mangsa…hishh..kalau nak
ikutkan hati memang marah dengan sikap berat sebelah seorang guru kelas
macamtu..tapi hati cepat-cepat mereda bila beristighfar..Allah swt kan ada..
Cepat saja aku
menasihatkan Humairah agar bersabar dan jangan cari pasal dengan anak-anak
cikgu yang sekelas dengannya. Dalam hati memang ada rasa tak puas hati dengan
sikap guru yang begitu. Setiap tahun ada saja cerita pasal anak-anak cikgu ni. Mentang-mentang
la maknya guru di situ, naik tocanglah mereka. Nak mengadu pada siapa? Silap hari
bulan, anak kita yang dipulaukan guru-guru. Bai cukup bimbang keadaan akan jadi
begitu.
Bai serah pada Allah,
profesion ini memang menanggung amanah yang berat dan bukan calang-calang orang
yang boleh menjadi guru. Semoga anak-anak Bai akan mendapat guru yang begitu
peka dan bertanggungjawab mendidik mereka tanpa rasa prejudis. Hmm..kita tinggalkan dulu hal itu..
Petang tu hati rasa
macam nak makan kek slice atau kek potong-potong. Tapi tak tau nak makan perisa
apa sama ada kek span vanilla atau coklat. Akhirnya terjadilah kek black forest
ala-ala cute gitu. Yang selebihnya bolehlah aku bawa ke pejabat, makan-makan
dengan kawan-kawan. Jomlah tengok resepi. Bai halalkan sekiranya ada orang yang
nak copy resepi..dan nak buat makan-makan atau jual. Tetapi janganlah gunakan
gambar hasil usaha Bai untuk tujuan komersil. Bai biasanya akan menyatakan
sumber rujukan dari mana resepi yang Bai perolehi dan berterima kasih kepada
individu tersebut serta mendoakannya yang baik-baik. Kitakan kaya budi bahasa
dan adat resam yang baik..
RESEPI KEK SLICE BLACK
FOREST
Oleh : Baizura
Bahan (kek)
rujukan kak
Azlita Aziz
Bahan
Krim lapisan
250ml fresh cream non dairy
(putar hingga kental)
Blueberi pai filling secukupnya(
yang ada ketul-ketul blueberi tu)
Coklat urai secukupnya
Ceri merah bertangkai (jika
suka)Cara membuatnya:
selapis atas cake board.
2. Sapu blueberi filling tu atas
lapisan kek pertama dan lapiskan pula dengan freshcream
3. Letakkan lapisan kek kedua dan
lapiskan dengan freshcream
4. Taburkan cokla urai dan
sejukkan kek dalam fridge selama sejam @ lebih. Bila keras senang nak potong
dengan pisai yang dicelupkan dalam air panas. Potongan akan kemas.
5. Bila dah cukup keras, potong
kek ikut ukuran yang disukai.
6. Bila dah potong picitkan
freshcream dan hiaskan dengan ceri merah setiap potongan. (Bai tak buat sebab
kurang gemar buah ceri merah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan