Celoteh

Teratak Manis Baizura

Sabtu, 9 Mei 2015

Kek Hari Ibu...♥


Assalamualaikum..

 

 
         Selamat Hari Ibu…nilah tempahan kek rainbow untuk ibu. Saat yang indah ini dikongsikan dengan keluarga dan sanak saudara, makan-makan, sembang bertanya khabar berita. Juadah yang dihidangkan juga turut berperanan dalam kemeriahan sambutan hari ibu ini dengan dessert dan kek yang sedap serta menambat mata.



         Sebenarnya hari ibu ini sepatutnya diraikan setiap hari . Sayang ibu dan bapa ini kena setiap hari tetapi ada sebab mengapa ada suatu hari untuk meraikan hari istimewa ini. Bukan semua adik beradik dapat berkumpul bersama-sama meraikan hari ibu ini setiap hari. Suatu hari itulah yang dapat mengumpulkan seluruh adik beradik bertemu dan menghabiskan masa bersama ibu.



         “ Mak, terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan Ura dengan penuh kasih sayang. Menyuapkan makan dan minum serta menjaga ketika sakit kemalangan. Sentiasa ada dikala Ura berdukacita dan gembira. Sentiasa berkorban wang ringgit, masa dan kudrat untuk anak mak ini. Jasa, kasih sayang dan pengorbanan mak tak dapat Ura balas sepenuhnya. Semoga hidup mak sentiasa diberkati Allah swt, sentiasa murah rezeki dan sentiasa sihat untuk beribadat. Semoga mak bahagia di dunia dan akhirat. “

         Bila kita dah jadi mak, baru kita mengerti akan perasaan seorang ibu. Hati sentiasa saja risau akan anak-anaknya walau di mana saja berada. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka.

Kek Pelangi 9 inci salut freshcream.
        

 
Kek Pelangi 8 inci. Kek ni dah lama.Baru nak letak sebab baru jumpa gambar-gambar kek yang lama-lama dulu. Bai tumpangkan sekalilah dalam entri kali ini.
         

 
Kek Coklat 8 inci freshcream. pun dah gambar lama punya sebelum ada blog lagi.

Tiada ulasan: